Sejarah Liga Semi-Pro A1 Malaysia

Musim 2019 menyaksikan penstrukturan semula format oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pada 19 Disember 2018, FAM telah mengumumkan perubahan format tersebut dalam satu sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM[1].

Liga M3 yang akan dijadikan liga divisyen 3 yang baru akan dikelolakan sepenuhnya oleh Liga Bola Sepak Amatur atau Amateur Football League(AFL) dengan melibatkan 14 pasukan. Pada musim 2020, AFL menambah jumlah penyertaan kepada 20 pasukan.